YouTube Hadapi Masalah Untuk Diakses, Dipercayai Libatkan Pengguna Seluruh Dunia

Youtube pada ketika ini sedang menghadapi masalah apabila ia tidak boleh diakses dipercayai di seluruh dunia.

Perkara itu juga turut disahkan oleh akaun rasmi TeamYouTube di Twitter. Mereka kini sedang menyelesaikan isu tersebut.

Warganet di seluruh dunia juga mula membanjiri Twitter dengan #YouTubeDOWN dan rata-rata dari mereka berharap agar ia dibaiki dengan segera.

Antara masalah yang dikesan setakat ini adalah video tidak dimainkan apabila dibuka. Sebaliknya, satu paparan ralat terbit seperti dibawah.

Tiada maklumat lanjut dikongsikan oleh Youtube setakat ini.

Sumber: TeamYouTube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *