Kemaskini BPN 2.0: Cara Tukar Status Bujang Kepada Berkahwin / Bercerai

Seperti yang kita tahu, kita boleh kemaskini BPN 2.0 pada status perkahwinan atau penceraian dan melayakkan kita mendapat bayaran bantuan yang sepatutnya, sesuai dengan status perkahwinan semasa.

Jika anda ingin membuat permohonan rayuan tukar status berkahwin atau kemaskini BPN 2.0, berikut adalah maklumat yang boleh dirujuk daripada LHDNM sebagai panduan kepada pemohon.

Cara Kemaskini BPN 2.0 (Status Bujang Kepada Berkahwin / Berkahwin Kepada Bujang)

Untuk membuat kemaskini BPN 2.0 secara online, sila ikuti langkah berikut:

1. Log Masuk

Layari laman web Bantuan Prihatin Nasional https://bpn.hasil.gov.my

Log masuk sistem BPN menggunakan nombor kad pengenalan dan ID masing-masing.

2. Pergi Ke Semakan Status

Apabila berjaya masuk ke sistem, sila klik permohonan Tukar Status.

3. Pilih Status Terkini

Pilih Status terkini anda berdasarkan pilihan yang dipaparkan.

4. Muatnaik Salinan Dokumen Pengesahan

Muatnaik salinan dokumen pengesahan status perkahwinan terkini (Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian pasangan)

5. Hantar

Setelah selesai memuatnaik, sila buat pengesahan permohonan. Klik butang Setuju dan Hantar.

Anda akan terima notis permohonan tukar status BPN 2.0 anda berjaya.

NOTA: Jika mempunyai masalah / tiada butang permohonan Tukar Status pilihan yang ada, sila hantar Borang Manual bersama salinan dokumen pengesahan status perkahwinan terkini (Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian pasangan) ke Cawangan LHDN.

Baca juga: Bantuan Pakej Pelan Data Dan Peranti KPT Bagi Pelajar IPT 2020/2021

Tarikh Akhir Kemaskini BPN 2.0

Untuk makluman, permohonan baru dan rayuan BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.

Jadi jika anda akan / telah berkahwin dalam masa terdekat atau telah berpisah dengan pasangan, jangan lupa update status BPN 2.0 untuk memudahkan anda dikategorikan dalam penerima bantuan tersebut.

Baca juga: Cara Semak No Siri BPN 2.0 Bagi Status ‘Gagal Kredit’ & Tarikh Bayaran

Kadar Bayaran BPN 2.0 Mengikut Kategori

Bagi yang berjaya menukar status dan layak mendapat bayaran BPN 2.0 mengikut kategori, tarikh bayaran yang dijadualkan adalah seperti dalam jadual di bawah ini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan BPN 2.0, anda boleh terus hadir ke Pejabat LHDN atau hubungi LHDN melalui saluran berikut:

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *