
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 kepada peniaga dan penjaja di Sabah yang terjejas teruk ekoran kekurangan kehadiran pelancong akibat COVID-19.
Ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata geran khas ini juga akan diberikan kepada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa dan pemandu pelancong di Sabah.
Pada pembentangan itu juga, beliau mengumumkan pengecualian levi tabung HRDF akan diberikan selama enam bulan berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.
Katanya, pengecualian itu meliputi sektor pelancongan dan syarikat bagi membantu mengurangkan beban aliran tunai syarikat yang masih terjejas akibat COVID-19. – BH Online
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost