Belanjawan 2021: Perluas Bank Bergerak Di Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperluas perkhidmatan bank bergerak di Sabah dan Sarawak bagi membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata usaha itu selari dengan inisiatif dilaksanakan kerajaan Sarawak.

“Langkah ini dapat membantu masyarakat yang sukar mendapat akses perbankan asas seperti pemindahan wang, pembayaran bil dan kemudahan mengeluarkan wang bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

964