Pekerja Binaan Ancam Bunuh Isteri Dipenjara

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhi hukuman penjara lapan bulan kepada seorang pekerja binaan kerana mengancam untuk menyebabkan kematian kepada isterinya, bulan lepas.

Nasir Abih, 39, mengubah pengakuan kepada bersalah melakukan kesalahan itu terhadap isterinya, 36, pada jam 11 pagi, 19 Oktober di sebuah rumah di Kg Pondo, Pulau Gaya.

Nasir pada Isnin lalu mengaku tidak bersalah kepada pertuduhan yang dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahuh, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dia diperintahkan menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap pada 27 Oktober.

Terdahulu, pendakwaan ketika mengemukakan fakta kes memberitahu mahkamah bahawa isteri Nasir membuat laporan polis pada 19 Oktober, menyatakan bahawa dia telah diancam oleh Nasir dan membuatkan dia ketakutan.

Nasir, yang tidak diwakili, meminta hukuman lebih ringan dengan mengatakan bahawa dia tiada hasrat untuk mencederakan isterinya dan bahawa dia menyesali tindakannya.

Nasir mengakui bahawa itu adalah kesilapannya dan berkata bahawa insiden itu berpunca dari perkara kecil, di mana dia telah menggunakan wang tunai RM200 yang menyebabkan isterinya membebel, membawa kepada pergaduhan antara mereka dan bahawa apa yang dia katakan ketika pergaduhan itu hanyalah terlepas cakap.

Nasir berkata dia tidak pernah memukul isterinya sepanjang perkahwinan mereka dan bahawa dia masih menyayangi isterinya.

Pendakwaan memohon hukuman setimpal.

Dalam satu lagi kes, seorang pengangkut barang berumur 24 tahun meminta dibicarakan bagi dua pertuduhan mencuri dan menceroboh.

Mohd Noraseh Norazam dituduh memecah masuk ke premis Saloon 57 Top Image di Warisan Square di sini dan mencuri RM74 dari peti simpanan tunai di premis itu pada jam 3.24 pagi, 13 Oktober lalu.

Dakwaan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Noraseh dituduh menceroboh ke tingkat bawah, Blok B Warisan Square pada jam 12.10 pagi, 19 Oktober.

Kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan ketik amemohon tarikh sebutan yang lain, mencadangkan ikat jamin RM3,000 dan dua penjamin bagi setiap pertuduhan.

Peguam bertugas Lim Ming Zoong @ Lawrence yang mewawkili Noraseh, memohon ikat jamin lebih rendah dengan alasan bahawa tertuduh tidak dapat membayar jumlah secukupnya ketika PKPB dengan bekerja sebagai tukang angkat barang di kawasan Segama kerana dia hanya meraih RM50 sehari, bergantung kepada berapa banyak barang yang diangkutnya.

Mahkamah menetapkan 17 Disember dan 2 Disember untuk sebutan masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua dan membebaskan Noraseh dengan jaminan RM1,000 tidak didepositkan dengan dua penjamin bagi setiap pertuduhan.

Inspektor Kelvan Elson Maik melakukan pendakwaan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie. – Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *