Dua Lelaki Berdepan Hukuman Mati Ddar 130kg Syabu Di Tawau

Kedua-dua tertuduh diiring keluar dari mahkamah selepas prosiding kes selesai dijalankan.

TAWAU: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 130.57 kilogram (kg), April lalu.

Tertuduh berusia 51 dan 35 tahun itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama-sama mengedar dadah berbahaya seberat 130,575.18 gram pada jam 9.30 malam di Batu 15, Jalan Apas, di sini, pada 21 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta maksimum 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 2 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ikuti kami di Channel WhatsApp  dan Telegram kami Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *