WARISAN Hargai UMNO Beri Laluan Di PRK Batu Sapi

Loretto Padua

KOTA KINABALU: Warisan menghargai cadangan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, agar semua pihak memberi laluan kepada Warisan pada pilihan raya kecil (PRK) Batu Sapi akan datang.

Setiausaha Agung Loretto Padua berkata cadangan itu menunjukkan pemimpin Umno itu prihatin mengenai wabak Covid-19 yang teruk melanda Sabah.

“Tidak salah sekiranya semua kita semua bersolidariti berkenaan dengan PRK Batu Sapi agar kita dapat menumpukan soal kebajikan rakyat serta ekonomi negeri yang terjejas akibat daripada wabak ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loretto berkata semua pihak termasuk parti politik perlu bekerjasama untuk menangani Covid-19 yang melanda Sabah.

“Lagipun kita cuma perlu tunggu selama 2 tahun lagi untuk pilihan raya umum diadakan dan lebih baik sekiranya masa sekarang ini digunakan sebaiknya demi kebaikan rakyat Sabah,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1884