SOP Beberapa Lokasi PKPD Di Sabah Dilonggarkan

Deretan pasar raya dan kedai runcit di Taman Semarak, Tawau sunyi selepas kawasan itu turut diumumkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh pihak berkuasa berkuatkuasa semalam.Sebelum ini kawasan deretan kedai itu tidak termasuk dalam zon PKPD sekali gus membolehkan penduduk membeli barang keperluan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran baharu dalam prosedur operasi standard (SOP) di beberapa lokaliti di Sabah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata persetujuan untuk memberikan kelonggaran itu dicapai selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendengar cadangan daripada kerajaan Sabah.

Katanya, kelonggaran itu merangkumi kebenaran bagi seorang wakil rumah untuk keluar dari kawasan PKPD, dengan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mengikut SOP ketika ini, kedai runcit dalam kawasan PKPD di lokaliti beroperasi dari jam 6 pagi hingga 6 petang, namun masih wujud kekangan bagi penduduk.

“Antara kekangan itu adalah kesukaran untuk mengeluarkan wang, mendapatkan keperluan asas seperti susu, lampin bayi pakai buang, sabun pencuci, ubat dan lain-lain yang tidak dijual di kedai runcit.

“Oleh itu, seorang wakil rumah boleh keluar, khusus untuk mengeluarkan wang dari mesin atau bank dan membeli keperluan asas serta barangan bukan makanan,” katanya, hari ini. –

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *