“Saat Yang Ditunggu Sudah Pun Tiba…” – Ibu Bersyukur Neelofa Sudah Disunting

Noor Kartini (tengah) berkongsi foto bersama anaknya, Neelofa dan bakal menantu, PU Riz di akaun Instagram peribadinya. – Gambar Instagram Noorkartini

KUALA LUMPUR: Ibu kepada selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menzahirkan rasa syukur atas ketentuan Allah berikutan anak kesayangannya sudah bertemu lelaki pilihan hati.

Dalam laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.

Katanya, hari ini juga merupakan, hari yang bermakna bagi seluruh keluarganya dan paling ditunggu-tunggu.

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.

“Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.

“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgaMu nanti.. Amin,” kata Noor Kartini menitipkan doa buat Neelofa.

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.

Catatan Noor Kartini itu juga bagaikan memberi bayangan bahawa Neelofa yang kini memilih untuk berpurdah sudah dirisik oleh PU Riz pada Ahad.

Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahuun depan.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Dalam masa sama, sebagai ibu turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tambahnya lagi. – AWANi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1618