Penunggang Maut Motosikal Terbabas Di Jalan Lama Papar

Mangsa maut selepas motosikal dinaiki terbabas di KM 30 Jalan Lama Papar -Kota Kinabalu di sini semalam.

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 30 Jalan Lama Papar -Kota Kinabalu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kejadian jam 12 tengah hari itu membabitkan seorang mangsa berumur 20-an.

“Semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan Lama Kinarut menuju ke Kampung Mook melalui Jalan Stesen TV Tampasak Kinarut.

“Motosikal dinaiki mangsa bersama rakannya kemudiannya terbabas dan mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kerana kecederaan parah di bahagian badan dan kepala disebabkan hentakan yang kuat di jalan raya,” katanya.

Menurutnya hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai menunggang motosikal secara tergesa-gesa dan laju berdasarkan kenyataan daripada pemboncengnya.

Batholomew berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tindakan lanjut manakala pemboncengnya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Papar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *