Hanya Tongod Masih Zon Hijau Di Sabah

KOTA KINABALU: Tongod di Sandakan satu-satunya daerah yang masih diklasifikasikan sebagai Zon Hijau di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata daerah paling besar di Sabah itu tidak merekodkan sebarang kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.

Mengulas statistik ke COVID-19 negeri, katanya 546 kes dicatatkan di Sabah semalam dengan tujuh kematian.

Beliau yang juga Menteri Kewangan II Sabah, berkata jumlah pesakit sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital serta pusat rawatan menunjukkan peningkatan positif.

“Sehingga hari ini, jumlah pesakit sembuh bertambah seramai 7,225 orang, manakala 3,796 lagi sedang menerima rawatan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya tujuh daerah kini berada dalam Zon Kuning iaitu Tenom, Nabawan, Telupid, Sipitang, Pitas, Kuala Penyu dan Beluran.

Baki 17 daerah lagi iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Tuaran, Putatan, Papar, Keningau, Penampang, Beaufort, Kota Belud, Semporna, Ranau, Kudat, Kinabatangan, Tambunan Kunak dan Kota Marudu berada dalam Zon Merah.

“Kota Kinabalu kekal mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi sebanyak 159 kes, diikuti Sandakan (116),Tawau (101), Lahad Datu (44), Tuaran (28), Putatan (25), Papar (15) dan Keningau (11).

“Daerah lain mencatatkan kes baharu iaitu sembilan di Penampang, lapan di Beaufort, tujuh di Kota Belud, masing-masing enam di Semporna dan Ranau, empat di Kudat.

“Untuk Kinabatangan masing-masing mencatatkan dua kes, manakala Kunak, Tenom dan Nabawan masing-masing satu kes,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *