3 Kampung Di Kudat Dikenakan PKPD Bermula 30 Oktober

PETALING JAYA: Tiga kampung di daerah Kudat, Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 30 Okt hingga 12 Nov.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, 3 kampung terbabit adalah Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor, dan Kampung Landung Ayang.

“PKPD itu akan membabitkan 2,393 kediaman membabitkan 13,884 penduduk,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, SOP di 3 kampung itu sama dengan PKPD kawasan lain termasuk tidak boleh keluar rumah kecuali kes kecemasan.

“Hanya kedai runcit sahaja dibenarkan dibuka bermula 6 pagi hingga 6 petang bagi tujuan membeli barangan asas,” katanya.

“Pengurusan bencana Sabah akan mengkoordinasi dari segi pengagihan bantuan makanan dan lain-lain.”

Sementara itu, Ismail turut mengumumkan PKP Bersasar di Labuan dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 Nov.

“Kementerian Kesihatan masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan berkenaan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *