Maybank kini mengesahkan sedang mengalami gangguan sementara bagi akses untuk perkhidmatan aplikasi Maybank MY dan laman web Maybank2u buat masa ini.
Melalui tinjauan di laman sosial, ia menunjukkan rata-rata pengguna bagi kedua-dua perkhidmatan itu turut melahirkan keluhan atas masalah tersebut.
Kami sedang berusaha mengatasi perkara ini. Kami menghargai bagi kesabaran dan kerjasama anda. Terima kasih.
— Maybank (@MyMaybank) October 26, 2020
Hi Soo, segala kesulitan amat dikesali. Untuk makluman, kami mengalami gangguan sementara yang tidak dijangka untuk akses aplikasi Maybank MY dan laman web Maybank2u buat masa ini.
— Maybank (@MyMaybank) October 26, 2020
Maybank menyatakan masalah tersebut sedang dibaikpulih. Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila perkhidmatan ini dijangka pulih sepenuhnya.
Isu baik pulih perkhidmatan aplikasi Maybank dan Maybank2u juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Hi @MyMaybank, is there any issue with ur server today? I can't make any transactions that require TAC. When I try to login to m2u thru Web or phone also lag. Care to explain?
— 🇲🇾 Airul Fmy (@airulfmy) October 26, 2020
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost