
TAWAU: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) cawangan Tawau ditutup susulan dua kakitangannya disahkan positif Covid-19.
Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, Alliance Bank memaklumkan kedua-dua kakitangannya itu kini sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan.
“Cawangan bank telah ditutup pada 16 Oktober dan semua kakitangan sudah menjalani ujian saringan Covid-19.
“Salah seorang pengawal keselamatan kami disahkan positif Covid-19. Susulan itu seluruh kawasan bank juga sudah dibersihkan dan dinyahkuman,” katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan cawangan bank berkenaan akan ditutup sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.- HMetro
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost