
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka melanda Sabah, esok dan lusa.
Dalam satu kenyataan, malam ini, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan terbabit meliputi bahagian pantai barat Sabah, Sandakan (daerah Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat. – BERNAMA
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost