
PUTRAJAYA: Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan Kementerian Kesihatan bagi memastikan sistem kesihatan awam dan perubatan di Sabah berada dalam keadaan mampan, sekali gus berupaya membendung penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya memandang serius situasi penularan di Sabah sejak awal peningkatan bilangan kes wabak itu di negeri berkenaan.
“Banyak usaha dijalankan seperti meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia.
“Penambahbaikan dilakukan termasuk mempertingkat kapasiti ujian makmal ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan kit ujian pantas (RTK) antigen.
“Selain itu, Kementerian Kesihatan meningkatkan kapasiti katil di hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) serta Unit Rawatan Rapi (ICU), selain alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian COVID-19, hari ini.- BH Online
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost