Covid-19: Satu Kluster Baharu & 4 Lagi Kematian Di Sabah Hari Ini

PUTRAJAYA: Satu kliuster baharu dan empat kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan yang semuanya membabitkan mangsa di Sabah, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia kini mencecah 180 kes (0.9 peratus).

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1. Kluster Teduh

Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13000) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari daerah yang berisiko tinggi iaitu Semporna pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 10 lagi kes positif Covid-19.

Sehingga 17 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 535 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19
  • 524 individu masih menunggu keputusan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian ke-177 membabitkan lelaki berusia 78 tahun yang juga menghidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

“Kes kematian ke-178 membabitkan seorang lelaki berusia 88 tahun. Beliau turut menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia dan strok.

“Beliau juga meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth,” katanya pada sidang media harian COVID-19, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-179 membabitkan wanita berusia 71 tahun serta tidak mempunyai penyakit, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Kes kematian ke-180 pula membabitkan lelaki berusia 53 tahun. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *