Maut Terkena Renjatan Elektrik Bawah Jambatan

Anggota Bomba membawa mangsa ke tebing parit. Gambar Ihsan bomba

SANDAKAN: Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika berehat di bawah jambatan berdekatan Pasar Batu Dua di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Irwan, 30, warga tempatan itu difahamkan terjatuh ke dalam parit sebaik terkena renjatan wayar elektrik di bawah jambatan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.51 tengah hari lalu menghantar tujuh anggota ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba seorang lelaki ditemukan terapung dalam parit lalu dibawa ke naik ke tebing.

“Sebaik diperiksa, mangsa disahkan meninggal dunia lalu diserahkan kepada pihak polis.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar bilik mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kata Jimmy, keluarga mangsa melaporkan mangsa berehat di bawah jambatan itu sebelum terkena renjatan elektrik. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *