Covid-19: 629 Kes Positif & Enam Kematian Hari Ini

PUTERAJAYA: Covid-19 hari ini dilaporkan meragut 6 nyawa mangsanya, ketika angka kes jangkitan baharu dilaporkan sebanyak 629 kes setakat 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini turut melaporkan sebanyak 3 kluster baharu dikesan hari ini.

Sabah melaporkan kes jangkitan tertinggi dengan 489 kes, diikuti Selangor (50), Pulau Pinang (33), Labuan (19), Kuala Lumpur (10), dan Perak (9).

Sementara itu, seramai 245 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *