‘Maafkan Saya Rakyat Sabah, Saya Menyesal’

Tangkap layar daripada video permohonan maaf lelaki tersebut.

KOTA KINABALU: Lelaki terlibat dalam rakaman suara menghina serta menuduh rakyat Sabah sebagai punca peningkatan kes Covid-19 tampil membuat permohonan maaf hari ini.

Menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 18 yang dimuatnaik melalui aplikasi WhatsApp, lelaki yang sudah berusia itu memohon maaf kepada rakyat Sabah dan mengakui kesalahannya.

“Kepada rakyat Sabah yang berada di Malaysia terutama berada di Johor… saya pada dua hari lepas ada marah dan memaki dengan orang Sabah. Hari ini saya minta maaf sebab saya terlepas cakap.

“Saya minta pada rakyat Sabah tidak kira di mana berada, saya minta maaf banyak-banyak. Maafkan saya,” katanya.

Terdahulu, mesej rakaman suara berdurasi 34 saat tular dua hari lalu menerusi aplikasi WhatsApp dipercayai dibuat seorang lelaki dari Johor yang menghina dan menuduh rakyat Sabah sebagai punca peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Susulan itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali dalam sidang media pagi tadi akan menjalankan siasatan untuk mengesan individu terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia. – K! ONLINE

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *