LHDN Di KK & Sandakan Kembali Beroperasi

KOTA KINABALU: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Cawangan Kota Kinabalu dan Sandakan kembali beroperasi bermula hari ini.

LHDN dalam kenyataannya berkata, meskipun sudah mula beroperasi, waktu operasi dan perkhidmatan terhad.

“Operasi dan perkhidmatan bagi LHDN Cawangan Kota Kinabalu membabitkan kaunter setempat (perkhidmatan percukaian), kaunter Duti Setem dan kaunter Pusat Bayaran.

“Bagi cawangan LHDN Sandakan, operasi dan perkhidmatan membabitkan kaunter setempat manakala kaunter Duti Setem masih belum beroperasi,” katanya.

Katanya, orang ramai juga turut digalakkan membuat urusan berkaitan percukaian dan lain-lain urusan seperti permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 secara dalam talian sekiranya tiada keperluan mendesak.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” katanya.

LHDN turut menasihati orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang berurusan di premis LHDN

“Langkah itu bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik đŸ‘‰Â https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *