Sabah Catat 488 Kes Positif Covid-19 Hari Ini

PETALING JAYA: Sebanyak 561 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 488 kes di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan daripada jumlah kes baharu itu, 553 daripadanya kes penularan tempatan dan 8 kes import.

Sabah terus melaporkan angka tertinggi, diikuti Selangor 26 kes, dan Kedah 16 kes.

Ketika ini, seramai 4,587 orang sedang dirawat di hospital.

Hari ini, 133 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital. 2 kematian dilaporkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1965