Sekolah Di Seluruh Sabah Ditutup

KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah ditutup selama 16 hari bermula 10 Oktober hingga 25 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan demikian selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

KPM dalam kenyataannya berkata, bagaimanapun murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama.

“Murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi rumah keluarga mereka di zon merah, juga perlu kekal tinggal di asrama.

“Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, dalam tempoh penutupan sekolah, pentadbir sekolah diarah memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

Menurutnya, manualpengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPMwww.moe.gov.my. – HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1580