Lelaki Positif COVID-19 Hilangkan Diri Di KK

Habibi

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang disahkan positif COVID-19 menghilangkan diri ketika menunggu di Unit Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata lelaki warga tempatan berusia 53 tahun itu beralamat di Taman Puterajaya, Telipok disahkan positif dalam ujian yang dibuat sehari sebelum itu di Klinik Kesihatan Telipok.

“Pihak Klinik Kesihatan Telipok juga sudah menghubunginya namun suspek tidak menjawab panggilan.

“Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu dan polis sedang giat mengesan suspek untuk tindakan lanjut dan setakat ini, dia masih gagal dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, suspek diminta menyerah diri di mana-mana klinik kesihatan berdekatan dalam kadar segera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *