JPN Sabah Tutup Pejabat Di Zon Merah

KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah menutup operasi di semua pejabatnya di kawasan zon merah.

Ini termasuk pejabat Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Tuaran, Papar dan Inanam selain cawangan UTC Kota Kinabalu yang sudah ditutup lebih awal.

Dalam kenyataan hari ini, JPN memaklumkan penutupan itu akan turut membabitkan pejabat Beluran dan Kinabatangan susulan larangan rentas yang diperketat kerajaan.

Penutupan itu bermula Isnin ini sehingga tarikh akan dimaklumkan kelak, selaras langkah diambil kerajaan untuk mengekang jangkitan Covid-19.

Sepanjang tempoh itu, JPN Sabah hanya akan mengendalikan kes kecemasan seperti kehilangan kad dan orang ramai diminta menghubungi JPN untuk maklumat lanjut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1181