74 ADUN Sabah Angkat Sumpah Hari Ini Tanpa Kehadiran Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Seramai 74 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ADUN dilantik mengangkat sumpah dihadapan Speaker Datuk Kadzim M. Yahya, di sini petang tadi.

Namun, Upacara Angkat Sumpah Ahli-ahli DUN Sabah ke-16 itu tidak dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Nor.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman masih menjalani kuarantin kendiri sejak semalam susulan menjadi kontak rapat kepada pegawai yang dikesan positif Covid-19.

Selain itu, terdapat empat ADUN termasuk dua ADUN tidak dapat menghadiri upacara berkenaan.

Mereka adalah Datuk Jaujan Sambakong (WARISAN-Sulabayan) dan Datin Manis Muka (WARISAN-Bugaya). Manakala, ADUN dilantik yang tidak hadir adalah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Amisah Yassin.

Upacara angkat sumpah itu diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1805