5 Petugas Kesihatan Disahkan Positif Covid-19 Di Tawau

TAWAU; 09 OKTOBER 2020 (Jumaat) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 271 kes baharu Positif COVID-19 di negeri Sabah semalam dan daripada jumlah itu 11 kes merupakan petugas kesihatan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi dalam kenyataannya berkata, kes Positif petugas kesihatan itu membabitkan enam kes di Kota Kinabalu dan lima kes di Tawau.

Kesemua kes berkenaan dikesan semasa saringan dijalankan keatas Petugas Kesihatan.

Katanya, bagi kes daerah Tawau, sebanyak 25 kes baharu direkodkan termasuk dua kes dikesan dari Kluster baharu iaitu Kluster Tanah Merah hasil saringan keatas kontak pesakit kes ke-2,562.

Sementara itu, terdapat lima kes dikesan semasa saringan kes bergejala, tujuh kes dikesan keatas saringan kontak kes Positif COVID-19 dan tiga kes dari Kluster Benteng LD.Dr. Christina berkata, turut dikesan dua kes semasa saringan di tempat kerja dan satu kes dikesan semasa saringan melibatkan kematian diluar Hospital.

KKM turut merekodkan pertambahan lima kes kematian semalam membabitkan semua kes di Sabah iaitu dua kes kematian di Tawau dan masing-masing satu kematian di Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Setakat semalam, kes Kumulatif bagi daerah Tawau sebanyak 938 kes dan terdapat 369 kes aktif yang masih dirawat.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *