TERKINI: PKPB Di Sandakan, Papar, Tuaran Bermula 9 Oktober

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di 3 daerah di Sabah dan 1 di Selangor.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB itu dilaksanakan di Sandakan, Papar, Tuaran, di Sabah dan Klang, Selangor bermula 9 Oktober ini.

“Ini bagi membendung penularan Covid-19 di kawasan itu,” katanya pada sidang media hari ini yang disiarkan menerusi Facebook Kementerian Pertahanan.

“PKPB dilaksanakan bagi membendung jangkitan COVID-19 di kawasan itu serta melaksanakan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dalam tempoh 14 hari,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Berikutan itu, katanya, pergerakan keluar masuk ke kawasan PKPB itu tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan perlu, termasuk kilang dan rantaian berkaitan perkhidmatan perlu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

3063