
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah antara punca peningkatan kes Covid-19 di Malaysia.
Katanya, PRN Sabah terpaksa dilakukan kerana DUN dibubarkan Yang di-Pertua Sabah ,Juhar Mahiruddin.
“Saya akui kempen PRN di Sabah juga menjadi antara punca peningkatan kes Covid-19
“PRN Sabah terpaksa diadakan apabila TYT Sabah telah membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai lalu, ini sesuatu tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk dalam perlembagaan,” katanya menerusi Perutusan Khas Covid-19.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost