Banjir Kilat Kota Kinabalu, Puluhan Kenderaan Ditenggelami Air

Beberapa kenderaan diletakkan sekitar kawasan kedai di Giling Centre berhampiran Taman Rugading, Tuaran ditenggelami banjir semalam.

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak lewat malam mengakibatkan beberapa lokasi sekitar ibu negeri dilanda banjir kilat.

Antara lokasi terjejas termasuklah sekitar Taman Telipok Jaya, Taman Telipok Ria, Kampung Lokub, Kampung Lorong Pulau, Manggatal dan Kampung Kaulan dan Kampung Rugading, Tuaran.

Air hujan dipercayai mulai naik sehingga menenggelamkan jalan raya dan kenderaan yang diletakkan berhampiran sementara kebanyakan tingkat bawah beberapa bangunan kedai juga ditenggelami banjir.

Hujan lebat dan banjir di sekitar bandaraya ini turut mengakibatkan beberapa jalan utama mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian banjir di beberapa lokasi.

Keadaan cuaca ketika ini masih hujan lebat dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan berhenti.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Beberapa kenderaan diletakkan sekitar kawasan kedai di Giling Centre berhampiran Taman Rugading, Tuaran ditenggelami banjir semalam.
5471