Wanita Dalit Maut Selepas Dirogol

gambar hiasan

New Delhi: Seorang wanita berusia 22 tahun daripada komuniti Dalit yang terpinggir di India meninggal dunia selepas diperkosa bergilir-gilir oleh dua lelaki, pada Selasa lalu.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Susulan kejadian terbaharu itu, dua suspek sudah ditangkap kerana disyaki memperkosa dan membunuh mangsa.

Namun polis tidak memberi maklumat lanjut mengenai identiti mereka.

Ibu mangsa mengetahui kejadian itu selepas seorang penunggang beca membawa pulang jasad anaknya itu.

“Seorang penunggang membawa anak saya pulang dan jasadnya diletakkan di hadapan rumah kami. Anak saya hampir tidak dapat berdiri atau bercakap,” katanya menerusi saluran berita NDTV.

Ia adalah insiden bunuh dan rogol membabitkan mangsa daripada komuniti sama.

Sebelum ini, seorang remaja perempuan Dalit berusia 19 tahun meninggal dunia selepas dirogol oleh empat lelaki pada pertengahan bulan lalu.

Komuniti Dalit dengan lebih 200 juta orang sudah lama menghadapi diskriminasi dan penganiayaan.

Kes seumpama itu dikatakan meningkat ketika tempoh Covid-19.- Agensi

1328