Pengundi Dari Zon Merah Perlu Kuarantin Kendiri

Gambar Hiasan

SANDAKAN: Pengundi yang menetap di daerah ini yang baru pulang dari kawasan zon merah COVID-19 perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wong Foo Tin, berkata arahan kuarantin kendiri selama 14 hari itu dikeluarkan kepada individu yang baru pulang mengundi di zon merah di negeri ini.

“Ini langkah pencegahan penularan COVID-19 bagi Sandakan. Sesiapa bergejala seperti demam, batuk, selsema dan menghadapi masalah pernafasan, turut diminta menjalani saringan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Dalam kenyataan berasingan, Foo Tin berkata, semua kakitangan awam bertugas semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diminta menjalani saringan COVID-19.

Statistik dikeluarkan Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Cristina Rundi, melalui Facebook beliau, terdapat empat zon merah di negeri ini, iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

692