Hajiji Noor Dinamakan Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah pada majlis di Istana Negeri esok pada pukul 10.30 pagi.

“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya pada satu sidang media di The Magellan Hotel di sini, hari ini.

3278