Keputusan Pelaksanaan Temco Sabah Hari Ini

DR Noor Hisham ketika menjawab soalan media.

Putrajaya: Keputusan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Sabah susulan peningkatan kes Covid-19 akan diketahui hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah berkata, perkara itu akan dibincangkan hari ini sebelum melaksanakan sebarang ketetapan di negeri itu.

Dr Noor Hisham berkata, penularan wabak Covid-19 di Sabah kian membimbangkan apabila dua lagi kluster baharu dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh melaksanakan Temco ketika Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah bagi memberi hak dan tidak menyekat kebebasan rakyat untuk mengundi dan memilih pentadbiran baharu.

Katanya, memandangkan PRN Sabah sudah pun berakhir mungkin kita boleh laksanakanTemco bagi mengawal penularan wabak pendemik itu terus menular.

“Keputusan sama ada kerajaan melaksanakan Temco di Sabah itu dijangka diumumkan petang ini,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Jururawat Kanser Payudara Malaysia Ketujuh di Institut Kanser Putrajaya di sini, hari ini.

Semalam, KKM merekodkan 150 kes baharu dan satu kematian serta mengenalpasti dua k luster baharu di Sabah iaitu Kluster Buang Sayang di Sipitang dan kluster Kg Sakong di Semporna.

Sebelum ini, empat kluster dikenalpasti di Sabah iaitu Kluster Benteng LD, Bangau-Bangau, Bakau dan Pulau.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *