COVID-19: Kluster Baharu Di Selangor Babit Suami Isteri Pulang Dari Sabah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Selangor yang dikenali sebagai Kluster Jalan Apas.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes membabitkan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah.

“Kes indeks bagi kluster mempunyai sejarah perjalanan Sabah dari 13 hingga 16 September lalu.

“Kedua-dua kes indeks mula bergejala demam, batuk dan selesema pada 18 September dan kemudian mendapatkan rawatan di pusat perubatan pada 19 September.

“Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September sebelum didapati positif COVID-19 pada 26 September.

Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.“Hasil saringan kontak rapat mendapati enam lagi kes positif COVID-19 pada 27 September.

Sehingga kini, seramai 66 individu telah disaring,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Daripada jumlah berkenaan, lapan kes dikesan positif COVID-19, manakala 56 individu disahkan negatif manakala dua lagi individu masih menunggu keputusan. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1401