PRN Sabah: ‘Kami Setia Bersama PN, BN’ – PBS

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya ia akan bergabung dengan WARISAN Plus bagi menubuhkan kerajaan negeri baharu.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai, dalam satu kenyataan ringkas di sini, sebentar tadi berkata, parti itu kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selaku rakan sekutunya.

Datuk Joniston Bangkua

Dakwaan mengaitkan PBS dengan WARISAN Plus yang membabitkan Parti Warisan Sabah (WARISAN), PKR, DAP, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Ia susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam, yang menyaksikan WARISAN muncul parti terbanyak memperoleh kerusi dengan kemenangan di 29 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi PN dan BN bersama PBS mendapat keseluruhan 38 kerusi dan WARISAN PLUS memenangi 32 kerusi, manakala tiga calon Bebas turut menguasai DUN Kuamut, Kemabong serta Pitas.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2343