KOTA KINABALU:Â Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 selepas memperoleh majoriti mudah berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga pukul 9 malam.
Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata gabungan itu sudah memiliki kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik đŸ‘‰Â https://t.me/sabahpost