PRN Sabah: Semua Pusat Pengundian Ditutup Secara Rasmi

KOTA KINABALU: Semua pusat pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 ditutup secara rasmi, tepat jam 5 petang tadi.

Sebanyak 741 pusat mengundi membabitkan 2,540 saluran, dibuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRN kali ini.

Beberapa saluran di pedalaman ditutup lebih awal berikutan bilangan pengundi yang kecil.

Pada PRN kali ini, seramai 447 calon daripada 16 parti dan 56 calon Bebas bertanding bagi merebut 73 kerusi.

Kertas undi akan dikira sebaik saja semuanya tiba di pusat penjumlahan undi, manakala keputusan dijangka dapat diketahui jam 10 malam ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

788