Kerajaan Sabah Isytihar Cuti Umum Esok

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menetapkan esok sebagai Hari Kelepasan Am khas, di Sabah bagi memudahkan rakyatnya keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dalam kenyataannya hari ini, berkata pengisytiharan cuti umum ini dibuat mengikut Seksyen 9, Ordinan Hari Kelepasan Sabah (Sabah Bab 56).

“Rakyat Sabah diingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan pilihan raya ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pihak berkuasa berwajib.

“Nasihat kesihatan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) harus dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian,” katanya.

Dalam kenyataan media terbabit, Mohd Shafie turut mengingatkan rakyat Sabah agar terus mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 seperti disarankan KKM.

PRN Sabah dijadualkan berlangsung esok seperti ditetapkan SPR sebelum ini.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

7756