Saingan 6 Penjuru Di N.72 Merotai

(Dari kiri) Liew bersama Sarifuddin di pusat penamaan calon di Kolej Vokasional Tawau.

TAWAU: Dewan Undangan Negeri (DUN) N72 Merotai menyaksikan saingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16,  di Kolej Vokasional Tawau, di sini, hari ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang mana menyaksikan saingan tujuh penjuru.

Sarifuddin Hatta (tengah)

Calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fah dilihat tiba seawal jam 8.46 pagi bersama Japar Joni sebagai pencadang dan Datuk Soon Ten Fook (penyokong).

Disusuli wakil Perikatan Nasional (PN) Mohd Jailani Chachu diiringi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Tidak lama selepas itu, Calon Parti Liberal Demokratik (LDP) Shim Nyat Yun kemudian hadir bersama Leong Soo Yee (pencadang) dan Chew Pit Len (penyokong).

Selang dua minit kemudian, calon USNO Hafeezatul Halimah Mohamad tiba di perkarangan Kolej Vokasional Tawau bersama Linda Majid (pencadang) dan Mohd Nasir Yappa (penyokong).

Calon USNO Hafeezatul.

Kemudian penyandang DUN Merotai Sarifuddin Hatta, calon Parti Warisan Sabah (Warisan)  kemudian kelihatan masuk ke perkarangan pusat penamaan calon menaiki kereta putih pada jam 8.59 pagi, sebelum disusuli calon Parti Cinta Sabah (PCS) Abdullah Palile.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Shim Nyat Yun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *