
PUTRAJAYA, 7 Sept: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 62 pertambahan kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan terkini meningkat kepada 9,459 kes, bersamaan 207 kes aktif dalam masa sama.
Daripada 62 kes baharu tersebut, 56 daripadanya merupakan kes tempatan melibatkan 30 warganegara dan 26 bukan warganegara.

Manakala hanya enam (6) kes import yang dicatatkan.
Berdasarkan tweet oleh KKM, sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes.
Terkini: 7 Sept. Kes baharu #COVID19 hari ini melonjak kepada 62 kes iaitu 56 kes tempatan dan 6 import. Sebahagian besar melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes. Satu lagi kluster baharu di Kedah, Kluster Sungai. Tiada kematian baharu dilaporkan.
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 7, 2020



Status terkini COVID-19 setakat 7 September 2020
Jumlah discaj baru: 9
Jumlah kumulatif discaj: 9124 (96.5%)
Jumlah kes baru; 62
Jumlah kumulatif: 9459
Jumlah kes aktif: 207Kes tempatan: 56 (30WN, 26BWN)
Kes import: 6 (2WN, 4BWN)
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 128 (1.35%)
Jumlah kes di ICU: 6Pesakit intubated: 4
Sumber: KP Kesihatan
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost