PRN Sabah: Pilih Calon Berintegriti – Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU, 5 Sept: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini tidak semestinya berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pemilihan calon PKR yang akan mewakili parti berkenaan perlu berdasarkan integriti calon tersebut.

“Kalau pilih orang yang tiada komitmen, sama sahaja. Isunya bukan suku kaum mana, isunya bukan dari mana tetapi mampukah kita latih orang yang punya integriti,” katanya ketika berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya PKR Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Christina Liew.

Anwar berkata beliau secara dasarnya bersetuju memberikan lebih banyak kebebasan untuk PKR Sabah memilih calon.

Katanya calon PKR harus mempunyai komitmen untuk membela nasib rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa atau agama.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *