Bukan Gara-Gara Covid-19 lah..

Mayat wanita diangkat dari sebuah premis di Jalan Tugu, Kampung Air, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kematian seorang wanita di sebuah bilik sewa sehingga video mayatnya diangkat keluar di kawasan Jalan Tugu, Kampung Air, tular di media sosial, semalam sebenarnya adalah disebabkan penyakitnya sendiri.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan orang ramai bahawa wanita dikenali Peggy Wong Bik Kee, 37, itu meninggal wanita akibat Covid-19.

Mayat wanita diangkat dari sebuah premis di Jalan Tugu, Kampung Air, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Peggy dikatakan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati wanita itu tinggal seorang di tempat kejadian sejak empat tahun lalu.

“Bilik sewa itu dibuka oleh pemilik rumah menggunakan kunci pendua dan wanita terbabit didapati terbaring di atas tilam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia pada pukul 1.04 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, mayat wanita itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HQEI untuk ujian Covid-19 sebelum proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sementara itu, Habibi meminta orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan dan berhenti membuat spekulasi sementara menunggu laporan perubatan pihak hospital.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

2298