Sakit Hati Pencuri Balak Lihat Shafie Beri Geran Tanah Kepada Rakyat

KOMEN: Saya tidak terkejut apabila Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim kini tampil mengkritik langkah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberikan geran tanah kepada rakyat Sabah.

Amat MEMALUKAN, MEMUALKAN dan MELOYAKAN apabila kritikan itu datang daripada PBS yang bersekongkol dengan UMNO menjadi dalang utama merompak hasil hutan Sabah untuk kepentingan mereka tanpa mempedulikan rakyat selama ini.

Rakyat sendiri mengakui mereka terpaksa menunggu sehingga 30 atau 40 tahun hanya untuk mendapatkan geran.

Apa yang dilakukan PBS selama itu kalau bukan memberikan tanah kepada kroni sahaja?

Syarikat-syarikat kroni mendapat kontrak membalak sehingga 50 tahun dan 100 tahun, perjanjian FMU menyebabkan daripada 1 juta hektar tanah hutan milik Yayasan Sabah, kira-kira 600,000 hektar diserahkan kepada kroni.

Bagi memastikan kehilangan hutan-hutan itu dapat disembunyikan dan untuk menepati persijilan peratusan hutan di Sabah, maka banyak tanah yang telah berpuluh tahun dibangunkan oleh rakyat bumiputera Sabah tiba-tiba sahaja diwartakan oleh Kerajaan PBS+UMNO sebagai Rizab Hutan.

Bukankah itu merampas hak rakyat Sabah yang telah membanting tulang empat kerat untuk membina kehidupan?

Di mana pemimpin PBS ketika semua itu berlaku? Di mana Jahid Jahim ketika kerajaannya rakus merampas tanah rakyat dan mengikis hasil hutan negeri?

Sudah tentu parti pencuri balak akan berdiam diri untuk memastikan diri sendiri dan rakan-rakannya dapat menikmati kekayaan.

Kini mereka mempersoalkan keikhlasan Ketua Menteri memulangkan tanah kepada rakyat, mungkin disebabkan syarikat kroni tidak lagi mampu menebang balak.

Langkah Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ini bukan baru sahaja, malah sejak awal tahun 2019 lagi beliau telah menjelajah ke seluruh Sabah untuk menyerahkan geran tanah itu.

Tahun ini, ribuan hektar tanah dikeluarkan daripada berstatus Hutan Simpan Kekal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kerana ada perkampungan rakyat Sabah di situ.

Di kawasan saya di Kalabakan, selepas menjadi wakil rakyat barulah saya tahu bahawa ada penempatan Kaum MURUT di situ  sejak lebih 30 tahun lalu tetapi tiba-tiba sahaja menjadi setinggan kerana tanah itu diambil oleh Kerajaan PBS+UMNO, tetapi saya membawa masalah itu kepada Ketua Menteri untuk diselesaikan.

Kini, Kaum MURUT di tempat saya tidak lagi merempat di atas tanah sendiri.

Sudah tentu Jahid Jahim sedang BERKHAYAL ketika mendakwa pemberian geran tanah itu adalah hasil usaha Barisan Nasional, kalau betul mereka yang berusaha perlukah rakyat menunggu 30 atau 40 tahun?

Parti Warisan Sabah berjaya menyelesaikan masalah itu hanya dalam dua tahun?

Sedar dirikah parti pencuri balak?

Kini mereka memainkan pula isu Covid-19 untuk menghalang acara pemberian geran dianjurkan?

Bukankah pihak polis, pejabat daerah, pejabat kesihatan daerah ada di setiap program untuk memastikan SOP dipatuhi.

Lebih baik kamu berdiam diri sahaja Jahid Jahim.

Warisan yang berikan geran tanah kepada rakyat, kamu pula yang sakit hati? – BorneoToday / Oleh AHLI PARLIMEN KALABAKAN MA’MUN SULAIMAN

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *