SPRM Tahan Bekas Timbalan Pengarah Di Sabah

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM14,000.

Menurut sumber, wanita berusia 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 10 pagi tadi selepas hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengemukakan tuntutan resit palsu berhubung dengan pelaksanaan program-program agensi kerajaan berkenaan sekitar Julai 2013 sehingga Ogos 2014,” katanya.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM dan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *