Covid-19: Kota Kinabalu Catat Satu Kes Baharu

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kes positif Covid-19 di Kota Kinabalu hari ini membabitkan seorang warga asing.

Pertambahan satu kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan Covid-19 di Sabah sehingga kini sebanyak 411 kes.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon memaklumkan,

dengan pertambahan kes itu, Kota Kinabalu kini mencatatkan bilangan kes kumulatif sebanyak 74 kes.

Setakat ini, tiga daerah yang masih mencatatkan kes aktif adalah Sandakan, Penampang dan Kota Kinabalu.

Beliau berkata, terdapat dua kes pulih dilaporkan hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih setakat ini adalah seramai 390 kes.

Sehingga kini, jumlah kes kematian di Sabah kekal dengan lapan kes iaitu empat kes di Kota Kinabalu dan satu kes masing-masing di Tawau, Keningau,Tambunan dan Penampang.

Di peringkat nasional, sebanyak sembilan kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 setakat ini adalah sebanyak 9,103 kes.

Sementara itu,terdapat enam kes yang pulih hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih sehingga kini adalah sebanyak 8,809 kes.

Kes kematian di Malaysia setakat ini kekal 125 kes.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *