Wanita Disyaki Mangsa Bunuh Ditemui Di Tepi Jalan Papar – Beaufort

Mayat wanita dipercayai mangsa bunuh ditemui di tepi jalan di Papar, hari ini.

PAPAR: Mayat wanita dipercayai mangsa bunuh ditemui di tepi jalan di Kilometer 30, Jalan Papar-Beaufort, Papar, hari ini.

Wanita yang belum dapat dikenal pasti identitinya itu ditemui pada 9.30 pagi dengan beberapa kesan luka di badannya.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew AK Umpit berkata, mangsa ditemui seorang pemandu lori yang melalui jalan berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring oleh seorang pemandu lori yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.

“Hasil pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati hidungnya berdarah serta terdapat beberapa kesan luka pada tubuhnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Batholomew berkata, berdasarkan siasatan polis, terdapat kesan tikaman pada bahagian rusuk belakang sebelah kiri mangsa.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mempunyai pertalian dengan mangsa diminta tampil membantu siasatan polis.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, Asisten Superintendan Rosli Rasi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *