KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah sebulat suara untuk bekerjasama dan komited menyokong kepimpinan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew berkata pihaknya telah sepakat untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Mohd Shafie untuk menerajui pemerintahan seterusnya sekiranya menang pada Pilihan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
“Kami telah bersetuju untuk bekerjasama dan yakin akan memenangkan pilihan raya di bawah kepimpinan Ketua Menteri sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Kami mengulangi sokongan kami yang tidak berbelah bagi untuk Mohd Shafie membentuk dan menerajui pemerintah seterusnya,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri itu berkata demikian dalam satu kenyataan medianya selepas mempengerusikan perjumpaan dengan pemimpin parti komponen PH di ibu pejabat DAP Sabah, pada malam Rabu.
Hadir sama adalah Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming dan Pengerusi Amanah Sabah, Lahirul Latigu. – Awani
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost