Tiada Releven Dakwaan Kenny Chua Warisan Sokong Tun M

Jeremiah Mayo

PENAMPANG: Tiada releven dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Kenny Chua bahawa Parti Warisan Sabah (WARISAN) menyokong Tun Mahathir dan bersedia meminda perlembangaan untuk menjadikan bekas Perdana Menteri itu sebagai ahli.

Sebaliknya, Ketua Penerangan WARISAN Bahagian Penampang, Jeremiah Mayo menganggap ia hanya alasan Kenny untuk berpaling tadah kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

“Apabila Lim Guan Eng mengusulkan Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal menjadi Perdana Menteri menerusi pengumuman yang dibuat Tun Mahathir, kami tidak mendengar mana-mana Exco Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang marah dan tiba-tiba beralih berpihak kepada UMNO/Barisan Nasional (BN).

“Apa yang saya tahu, tiada Exco PKR melakukannya, hanya Kenny.

“Jadi menggunakan Anwar Ibrahim hanya alasan untuk mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh pengundi dan ini bukan hanya kejam tetapi tidak meyakinkan. Dia berpihak kepada Musa Aman yang secara terang-terangan ditolak pengundi di Inanam pada Pilihanraya Umum 14 (PRU14),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jeremiah turut mengecam dakwaan Kenny bahawa kerajaan negeri kekurangan dana untuk pembangunan dan bergantung kepada kerajaan persekutuan untuk bertahan.

“Dia adalah Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan dia tahu banyak perkara jadi dia harus memaklumkan rakyat kenapa simpanan tunai begitu rendah ketika WARISAN mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.

“Siapa Ketua Menteri sebelum Mohd Shafie yang dibanggakan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga bangga dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah berada pada 8.0 peratus pada 2017?.

“Sebagai Pembantu Menteri juga, dia harus beritahu kepada kami sama ada hutang Musa Aman sebanyak RM800 juta pada Yayasan Sabah benar atau tidak,” katanya.

Tambah beliau lagi, pengundi di Inanam percaya impian Pakatan Harapan, oleh itu sebagai wakil mereka, Kenny harus menghormati kepercayaan yang diberi kepadanya.

“Sebagai kawan lama, kami bersama-sama berjuang menentang BN dan UMNO selama ini. Tiada yang lebih menyakitkan daripada alasannya bahawa kerajaan negeri bergantung kewangan dari kerajaan persekutuan untuk bertahan.

“Kami berjuang selama ini sejak awal lagi dan apabila ia sudah jadi milik kita rakyat Sabah, dia tiba-tiba berhenti dan mengatakan semua ini tidak berguna.

“Jadi saya mahu beritahu Kenny, pengundi di Inanam mengundi untuk kamu pada PRU14 kerana mereka mahu kamu menunaikan impian Pakatan Harapan.

“Sekiranya mereka (pengundi) mahukan Musa Aman atau BN, kamu pasti sudah hilang sejak ADUN sebelumnya lagi yang juga dari PKR.

“Sekarang, kamu sudah beralih kepada Musa, jadi kamu fikir pengundi Inanam akan gembira dan membiarkan mereka terpengaruh?.

“Tidak kira sebaik mana kamu berkhidmat untuk mereka, ia tidak akan begitu saja kerana pemimpin dan ADUN datang dan pergi.

“Sesiapa saja boleh berkhidmat di Inanam tetapi apa yang rakyat mahukan adalah seorang yang mereka boleh banggakan kerana dapat berdiri teguh walaupun ketika diduga dengan kuat,” katanya.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1211