LAHAD DATU: Tindakan seorang wanita Pala’u yang bertenggek di satu papan tanda nama jalan mengundang respon netizen di sini, semalam.
Ketika umat Islam meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha, seorang pengguna laman media sosial facebook telah memuatnaik empat gambar aksi wanita di satu kawasan penghadang jalan di Jalan Tengah Nipah.
Beliau menulis ‘Lihat la di mana kamu dapat seluruh Malaysia. Lahad Datu juga yang terkenal dengan burung Palao’ telah mendapat 111 perkongsian sejak menghebahkannya kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Warganet memberi respon susulan perkongsian itu dengan gesaan isu Pala’u di daerah ini dapat diselesikan kerana telah banyak insiden melibatkan komuniti itu berlaku di sini.- Utusan Borneo
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost